Kursus Kahwin PAID Kuala Langat

KURSUS PRA PERKAHWINAN
PAID KUALA LANGAT

 

Anjuran bersama

Logo-JAIS
PEJABAT AGAMA ISLAM
DAERAH KUALA LANGAT
logo-kelab-kebajikan-kuala-Langat-png-1
KELAB KAKITANGAN
PEJABAT AGAMA ISLAM
DAERAH KUALA LANGAT (KLICC)

MUKADDIMAH

Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI), Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat di uruskan oleh Kelab Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat (KLICC) di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Persatuan Pegawai Hal Ehwal Islam Selangor (PEHIAS). Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan awal kepada bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Bermula 1 Julai 2022, kursus akan dijalankan secara bersemuka di Kompleks Islam Daerah Kuala Langat, Banting, Selangor Darul Ehsan mengikut tarikh yang di maklumkan. 

Kursus Kahwin 2

JOM SERTAI KAMI, ANDA AKAN DAPAT :

  • Sijil Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) yang tiada tamat tempoh dan terpakai di seluruh Malaysia
  • Panduan Lengkap mengisi Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor.
  • Senarai Semak Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor.

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN NEGERI SELANGOR
(WANITA)

NOTA:   BAGI PEMOHON LELAKI DAN PEREMPUAN YANG TINGGAL DALAM SATU KARIAH YANG SAMA, URUSAN PENGESAHAN SOKONGAN OLEH PPP DAN KELULUSAN DARIPADA PAID PERLU DIJALANKAN SERENTAK. PEMOHON LELAKI DAN PEREMPUAN PERLU HADIR BERSAMA BAGI MENJALANKAN URUSAN TERSEBUT. 

DAFTAR KURSUS PRA PERKAHWINAN

KURSUS PRA PERKAHWINAN
TAHUN 2023

18 & 19 MEI 2024

  • SILA DAFTAR MENGGUNAKAN NAMA PENUH SEPERTI DALAM DOKUMEN PENGENALAN DIRI (MYKAD/PASSPORT)
  • PASTIKAN NO. TELEFON YANG DI DAFTARKAN MEMPUNYAI APLIKASI WHATSAPP
  • BAYARAN RM100.00 SEORANG
  • 1 PENDAFTARAN UNTUK 1 BAYARAN SAHAJA. DILARANG MEMBUAT PENDAFTARAN/BAYARAN UNTUK PENDAFTARAN PESERTA YANG LAIN.
  • MASA KURSUS: 2 HARI
  • KURSUS DILAKSANAKAN SECARA BERSEMUKA DI KOMPLEKS ISLAM DAERAH KUALA LANGAT, BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN.
  • SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM AKAN DIPEROLEHI SEBAIK SAHAJA KURSUS BERAKHIR PADA HARI KEDUA.
  • PESERTA YANG MEMBATALKAN ATAU MENUNDA KURSUS DISAAT AKHIR ADALAH TIDAK DIBENARKAN DAN BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
  • TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DARI MASA KE SEMASA

BILANGAN KEHADIRAN HANYA 150 ORANG SAHAJA

SOALAN LAZIM

Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Pra Perkahwinan ini, sila hubungi

JAWAPAN :  Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan Islam di PAID Kuala Langat boleh diakses melalui laman web www.kursuskahwinklgt.com

JAWAPAN :  Bayaran penyertaan KPPI adalah sebanyam RM100.00 setiap penyertaan. Bayaran perlu dibuat secara atas talian dan hendaklah dibuat semasa mengisi borang pendaftaran di www.kursuskahwinklgt.com. 

JAWAPAN :  Setiap individu Islam yang berstatus bujang / belum berkahwin.

JAWAPAN :  Pemohon – pemohon berikut DIKECUALIKAN daripada menghadiri KPPI :-

  1. Telah pernah berkahwin (Duda/ Janda / Balu);
  2. Berumur 45 tahun ke atas dan belum pernah berkahwin
  3. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU Pekak / bisu sahaja)
  4. Muallaf (Orang Asli peribumi sahaja);
  5. Warganegara Malaysia yang Menetap di Luar Negara dan menjalankan akad nikah di Luar negara
  6. Warganegara Asing.

JAWAPAN : 

  1.  Kursus anjuran BUUK, JAIS/PAID : Peserta perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga (BUUK), JAIS / PAID untuk mendapatkan surat pengesahan kehadiran kursus.
  2. Kursus di agensi lain : Peserta perlu mendapatkan perakuan daripada Penganjur (agensi yang menganjurkan KPPI) dan mengemukakan surat tersebut kepada Bahagian Undang-undang Keluarga (BUUK) JAIS  bagi mendapatkan surat pengesahan menghadiri kursus.

JAWAPAN : Tidak ada pengecualian dan perlu menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam. Pengecualian hanya diberikan kepada Muallaf Orang Asli sahaja yang mempunyai masalah memahami Bahasa Melayu. Bagi Muallaf Orang Asli yang ingin hadir adalah sangat dialu-alukan penyertaan mereka.

JAWAPAN : Tidak boleh. Menghadir Kursus Pra Perkahwinan Islam merupakan salah satu syarat bagi permohonan Berkahwin.

JAWAPAN :

  1. Jika pemohon telah mendapatkan kebenaran dari kedutaan/negara asal, maka tidak perlu menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam.

  2. Jika pemohon tidak mendapatkan kebenaran dari kedutaan/negeri asal, maka perlu menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam jika memahami Bahasa Melayu.

JAWAPAN : Tidak. Kursus Pra Perkahwinan hanya dianjurkan oleh BUUK, JAIS dan PAID sahaja.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Pra Perkahwinan ini, sila hubungi

error: Content is protected !!